





Oleh: Sholina Osman
15 JUN 2025
(SOROTAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA) 2025)
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, seramai 12,428 pengamal media aktif berdaftar
dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan memiliki Kad
Perakuan Media sehingga 4 Jun lalu.
Beliau berkata, daripada jumlah ini, 12,297 merupakan warganegara Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai platform seperti media cetak, penyiaran, digital serta portal berita dalam talian.
Fahmi berucap demikian pada majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 14 Jun.
Sambutan HAWANA 2025 yang membawa tema ‘Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika’, ini berlangsung selama tiga hari mulai dari 13 hingga 15 Jun ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KEBAJIKAN PENGAMAL MEDIA
Dalam usaha menjaga kebajikan pengamal media di negara ini, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi melalui BERNAMA telah menyalurkan
pelbagai bentuk bantuan menerusi Tabung Kasih@HAWANA yang
diwujudkan pada April 2023.
“Sehingga tengah hari ini, seramai 441 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat,
dengan jumlah sumbangan melebihi RM1.2 juta,” katanya.
Selain itu kata Fahmi hasil sinergi BERNAMA dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan diberikan menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan
Sendiri (SKSPS) yang memanfaatkan 531 pengamal media sambilan,
untuk tempoh satu tahun pada tahun lepas.
Beliau menambah, manfaat perlindungan ini dilanjutkan bagi tempoh satu tahun lagi
dengan peruntukan dianggarkan sebanyak RM37,170.00.
PERLINDUNGAN DI BAWAH SKSPS
“Antara manfaat perlindungan di bawah SKSPS ialah faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah 3orang tanggungan, faedah pengurusan mayat dan elaun layanan sentiasa,” katanya.
Fahmi berkata, pada tahun ini, pemberian perlindungan untuk pengamal media sambilan diperluaskan kepada simpanan persaraan di bawah i-Saraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang melibatkan
peruntukan sebanyak RM15,930.00.
“Sukacita dimaklumkan, Lembaga Pengasas (Founding Board)
Majlis Media Malaysia telah pun dimuktamadkan,” katanya.
Beliau berkata, lembaga ini dianggotai 12 orang terdiri daripada empat wakil bagi setiap kategori, iaitu kategori syarikat media, kategori persatuan
media, pengamal media dan pengamal media bebas, serta kategori ahli bukan media.
DISKAUN 50 PERATUS
“Hasil kerjasama strategik Kementerian Komunikasi dan AirAsia. Pihak AirAsia yang diketuai Tan Sri
Tony Fernandes telah bersetuju untuk menawarkan diskaun 50
peratus (secara one-off) bagi pembelian tiket penerbangan pergi
balik ke mana-mana 57 destinasi di negara anggota ASEAN.
Beliau berkata, tempoh tempahan akan dibuka hingga 31 Disember 2025, manakala tempoh penerbangan (travel period) mulai April hingga September 2026.
Tambahnya, butiran l dan mekanisme tempahan tiket akan diumumkan oleh JAPEN dalam masa terdekat. – JM
