PMX perbaharui kad media di HAWANA 2025

Oleh: Sholina Osman
15 JUN 2025

(SOROTAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA) 2025)

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperbaharui kad perakuan media ketika menghadiri Majlis Kemuncak HAWANA 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur WTCKL), semalam (14 Jun).

Kad berkenaan yang dicetak secara langsung di reruai pembaharuan kad perakuan media disediakan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sebagai menghargai kehadiran pemimpin utama negara itu bagi meraikan mereka yang terbabit dalam industri media negara.

Anwar memperbaharui kad perakuan media bernombor H70027 dalam kategori emas (penyelaras media).

Kad Perakuan Media dikeluarkan kepada pengamal media yang diperakui secara rasmi oleh kerajaan, dengan lima kategori warna: hijau (media rasmi kerajaan), biru (media tempatan), kelabu (media digital), merah (media antarabangsa), dan emas (penyelaras media). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *