PMX lawat tapak projek LCS di Lumut Naval Shipyard

Wartawan Jendela MADANI
16 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugasan rasmi di Perak dengan menghadiri sesi taklimat dan melawat ke tapak projek Littoral Combat Ship (LCS) di Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Lumut pagi ini (15 Jun).

Beliau berkata, projek ini mencatat sejarah tersendiri apabila dihasilkan sepenuhnya dengan kemahiran, keupayaan dan kepakaran anak watan ‘from scratch’.

“Alhamdulillah ia telah menunjukkqn pencapaian yang sangat mengujakan,” katanya dalam hantaran di FB.

DILAKSANA MENGIKUT JADUAL

Beliau berharap agar projek ini dilaksana mengikut jadual serta tanpa kompromi pada aspek integriti dan prinsip tatakelola yang baik.

Selesai sesi taklimat, beliau bersama pimpinan tertinggi Kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia lantas melawat kapal LCS1 – Maharajalela yang kini di peringkat ujian.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa dengan iltizam yang jitu daripada TLDM dan LUNAS, projek ini mampu disiapkan dengan jayanya dengan meletakkan aspek kedaulatan perairan negara di peringkat yang cemerlang, kemas dan terbaik,” kata Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *