





Wartawan JM
20 JUN 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan Rumah Terbuka Gawai anjuran Kementerian Kerja Raya bersama barisan kepimpinan tertinggi, warga kementerian dan para tetamu dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan.
Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan yang meriah, di samping juadah tradisional dan moden sempena Hari Gawai seperti mee kolok, nasi umai hitam manis, laksa Sarawak, kek lapis serta kuih celorot.
Moga semangat kepelbagaian budaya ini terus dipelihara dan dijulang demi Malaysia yang aman dan harmoni. – JM
