PMX terima kunjungan Presiden Timor-Leste

Wartawan JM
20 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Presiden Timor-Leste, Dr. Jose Ramos-Horta di kediaman beliau bagi mengukuhkan manifestasi hubungan erat antara Malaysia dan Timor-Leste.

Beliau berkata, perbincangan mereka lebih menjurus kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik serta menyokong aspirasi Timor-Leste untuk menjadi anggota penuh ASEAN.

“Malaysia komited untuk terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong proses integrasi serantau demi kestabilan dan kemakmuran bersama,” katanya dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *