Pengurusan kewangan, ekonomi negara akan terus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab – PMX

Wartawan JM
21 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pengurusan kewangan dan ekonomi negara akan terus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan kecekapan.

Beliau berkata, Ini penting demi menjamin kebajikan rakyat serta memastikan masa depan negara yang lebih mampan dan berdaya saing.

“Saya turut menekankan bahawa pelbagai langkah reformasi ekonomi telah dan sedang dilaksanakan di bawah kerangka Ekonomi MADANI,” katanya dalam hantaran di FB.

PERHIMPUNAN WARGA KEMENTERIAN

Terdahulu Perdana Menteri berucap dalam Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan.

Ia termasuklah usaha merasionalisasi subsidi secara bersasar, memperkukuh fiskal negara, memperluas jaringan keselamatan sosial serta menggalakkan pelaburan berkualiti.

Langkah-langkah ini penting bagi memastikan pengurusan kewangan negara lebih lestari dalam jangka panjang, di samping menjamin pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berpaksikan rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *