PMX adakan pertemuan dengan pimpinan KEADILAN Johor

Wartawan JM
21 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama pimpinan KEADILAN Johor, barisan pejuang akar umbi yang menjadi tulang belakang parti di peringkat negeri.

Dalam pertemuan ini, beliau menitipkan pesanan agar terus merangkul kekuatan, memperkukuh kesatuan, dan memantapkan gerak kerja, demi mendepani medan perjuangan yang semakin mencabar dan memerlukan iltizam yang tinggi.

“Keyakinan saya tetap utuh bahawa dengan semangat juang yang berterusan, KEADILAN Johor mampu memainkan peranan besar dalam merealisasikan agenda reformasi dan Malaysia MADANI,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *