PMX hadir Nikkei Forum Medini 2025

Wartawan JM
21 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Nikkei Forum Medini 2025, sebuah platform penting menjalin wacana serantau.

Dalam ucapannya, Anwar menekankan bahawa lebih enam dekad hubungan erat Malaysia-Jepun yang berteraskan saling hormat, inovasi bersama dan kepercayaan terhadap potensi Asia, telah menyokong usaha pembaharuan yang kita rintis.

Hasilnya, kata Perdana Menteri Malaysia terus mara memperkukuh asas ekonomi, mempercepat transformasi digital dan menjulang tadbir urus berintegriti.

Beliau berkata, penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) pula membuka lembaran baharu penciptaan peluang buat Johor dan rantau sekitarnya.

Perdana Menteri berkata, dengan pelbagai inisiatif strategik, setiap pembangunan dipastikan akan dilaksana secara inklusif dan menyeluruh, demi merapatkan jurang wilayah dan komuniti.

“Saya juga menyaksikan pemeteraian MoU antara NEOJAPAN dan Invest Johor, simbol komitmen ke arah transformasi digital dan pelaburan strategik Jepun di negeri ini,” katanya dalam hantaran di FB.

Perdana Menteri percaya, masa depan Asia akan dibentuk oleh mereka yang berani memimpin dengan prinsip. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *