

Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
23 JUN 2025
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir dua jam di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini (22 Jun).
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu-isu semasa. – JM
