






Wartawan JM
23 JUN 2025
Lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Karnival Kita MADANI Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya di IWK Eco Park, Lembah Pantai.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil telah merasmikan Karnival Kita MADANI WPKL & Putrajaya yang bertemakan ‘Perkhidmatan Kerajaan Terus kepada Rakyat’.
Pengisian program ini termasuk taklimat Kempen Internet Selamat (KIS), Jualan RAHMAH dan Agro MADANI, hinggalah ke sukan rakyat, pertandingan mewarna, fun walk dan banyak lagi.
SATU PERKHIDMATAN KERAJAAN
Karnival ini menyatukan hiburan dan perkhidmatan kerajaan dalam satu lokasi.
Sebanyak 21 jabatan dan agensi kerajaan turut serta, termasuk kaunter diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti pembaharuan lesen serta cukai jalan.
“Inilah semangat MADANI. Kerajaan turun padang, terus menyantuni rakyat,” kata Fahmi dalam hantaran di FB. – JM
