




Oleh: Sholina Osman
23 JUN 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg serta pimpinan kanan negeri sebaik tiba di Kuching, Sarawak.
“Alhamdulillah kami dapat membincangkan pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama, termasuk usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak,” katanya dalam hantaran di FB. – JM
