PMX pengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera

Wartawan JM
24 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera bagi meneliti prestasi semasa syarikat-syarikat di bawahnya.

Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, beliau tegaskan keperluan untuk semua terus memperkukuh daya saing ekonomi domestik serta menjamin pulangan mampan kepada para pemegang unit amanah.

“Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) perlu menggandakan usaha meningkatkan tahap celik pelaburan dalam kalangan masyarakat, khususnya Bumiputera,” katanya dalam hantaran di FB.

HARUS KEKAL KOMITED

Anwar berkata, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pula harus kekal komited memperkasa usahawan Bumiputera melalui akses kepada pembiayaan serta sokongan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan.

“Saya tegaskan semua agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan yang memegang mandat pembangunan Bumiputera mesti terus menjadi pemacu dasar dan pelaksana utama inisiatif Kerajaan, khususnya menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35) yang telah pun dilancarkan,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *