Fasha Sanda terima pingat PJB sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82

Oleh: Sholina Osman
26 JUN 2025

Pelakon popular Fasha Sandha menerima anugerah Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau, petang ini.

Pada Isnin lalu, dua pelakon tanah air yang juga anak Perlis iaitu Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar dan Ezany Nizariff atau nama sebenarnya Dr Mohd Zani @ Mohd Zohiri Mohd Nizariff telah dianugerahkan PJB.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41 yang berpakaian ungu muda ini turut ditemani oleh suaminya aktor Aidil Aziz.

Beliau antara 69 lagi yang telah dianugerahkan PJB.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri kepada 185 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82 pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat di Istana Arau, pada Isnin dan Khamis. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *