Penduduk KOA Bering Baharu nikmati BWA yang disedia MCMC

Oleh: Sholina Osman
26 JUN 2025

Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Bering Baru, Gua Musang kini boleh menikmati kemudahan perkhidmatan komunikasi yang lebih berkualiti susulan tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kenyataan media MCMC memaklumkan antara tindakan yang telah diambil termasuklah penyediaan perkhidmatan Internet secara kolektif menggunakan teknologi WiFi percuma.

Di bawah perkhidmatan ini, penduduk kampung boleh mengakses Internet secara percuma menerusi kemudahan Broadband Wireless Access (BWA) yang telah disediakan.

5GB DATA PERCUMA

“Setiap penduduk yang berdaftar layak menerima 5GB data percuma setiap bulan, dan mereka juga boleh mendapatkan data tambahan melalui ejen terpilih yang telah dilantik,” kata kenyataan itu lagi.

KOA Kampung Bering Baru merupakan salah satu dari 18 lokasi penambahbaikan liputan KOA di daerah Gua Musang yang menikmati kemudahan BWA oleh MCMC di bawah Pelan JENDELA.

Sebagai penyelesaian jangka panjang pula, MCMC telah mengenal pasti lokasi untuk pembinaan menara baharu berhampiran dengan KOA Kampung Bering Baru.

Pembinaan menara baharu ini telah dimasukkan sebagai cadangan dalam perancangan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di bawah Pelan JENDELA akan datang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *