Malaysia mahu terus perkukuh hubungan dua hala dengan Jerman – PMX

Wartawan JM
30 JUN 2025

Malaysia melahirkan hasrat untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Jerman merangkumi kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk memperluas peluang perdagangan dan pelaburan, kerjasama dalam pendidikan termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasio­nal (TVET) serta pertukaran budaya dapat memupuk persefahaman dan menghargai kepelbagaian.

“Hubungan yang menyeluruh ini diyakini mampu mempererat hubungan rakyat kedua-dua negara serta menyumbang kepada kemajuan bersama yang mampan,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer hari ini (30 Jun). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *