PMX terima kunjungan hormat TPM Itali

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Republik Itali, Antonio Tajani, di Rom semalam (2 Julai).

Beliau berkata, pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang telah lama terjalin, berlandaskan prinsip saling menghormati antara satu sama lain.

“Kami turut membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk hubungan Malaysia serta ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU),” katanya dalam hantaran di FB.

ISU-ISU SERANTAU

Perdana Menteri berkata, antara mereka juga bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan global seperti konflik di Gaza, situasi di Ukraine dan perkembangan di Asia Barat khususnya melibatkan Iran dan Israel.

“Malaysia menghargai hubungan erat dengan Itali sebagai rakan penting dalam usaha memperkukuh kerjasama rentas benua demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan bersama,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *