





Wartawan JM
2 JULAI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi ramah mesra dan makan malam bersama diaspora Malaysia yang menetap di Itali sebaik tiba di Rom, Itali.
Dalam pertemuan penuh makna ini, beliau mengambil kesempatan untuk berkongsi pelbagai usaha, dasar dan ikhtiar Kerajaan MADANI dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta hala tuju masa depan negara.
“Saya tegaskan bahawa diaspora Malaysia merupakan aset penting sebagai duta kecil yang membawa nama negara di persada antarabangsa,” katanya dalam hantaran di FB.
Justeru, beliau titipkan pesan agar mereka terus merebut setiap peluang dan ruang untuk memperkukuh ilmu, kemahiran dan jaringan, demi menyumbang semula kepada tanah air. – JM
