PMX bertemu komuniti Islam di Perancis yang diketuai Rektor Masjid Besar Paris

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
5 JULAI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti Islam di Perancis yang diketuai Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz.

Pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan institusi Islam di Perancis, khususnya dalam bidang pendidikan, industri halal, dialog antara agama serta pengembangan nilai-nilai sejagat seperti keamanan, toleransi dan keadilan.

“Sebagai tanda ukhuwah, saya menyampaikan sumbangan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 naskhah lagi dalam terjemahan bahasa Perancis,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau bersama delegasi Malaysia turut menunaikan solat Jumaat bersama komuniti Islam di sini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *