
Kerajaan MADANI terus komited memperjuangkan hak rakyat melalui pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan (2024) β satu langkah bersejarah yang kini membolehkan anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia juga layak menjadi warganegara secara automatik. π²πΎ
π Inisiatif ini bukan hanya tentang kewarganegaraan, namun tentang keadilan, kesamarataan dan kasih sayang seorang ibu yang tidak mengenal sempadan.
Sebagai kementerian pelaksana utama bawah Reformasi MADANI, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memainkan peranan penting untuk memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan lancar, telus dan berkesan. Segala urusan berkaitan dengan kewarganegaraan diselaras secara sistematik, selaras dengan komitmen kerajaan untuk membela hak rakyat serta menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan.
Ayuh, kita terus RANCAKKAN MADANI β kerana negara ini milik semua, dan setiap suara rakyat wajar diberikan makna. π
