


7 Julai 2025
Datok Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO, Dr. Ngozi Okonjo-Iweala, bagi membincangkan peranan badan itu dalam mendepani cabaran perdagangan global semasa.
Dalam pertemuan itu PMX menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme serta keperluan agar WTO kekal inklusif, berkesan dan responsif.
Malaysia juga menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap WTO, selain menyatakan keperluan untuk badan ini diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu-isu masa hadapan seperti kecerdasan buatan, perdagangan digital dan dasar iklim, tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun.
