PMX bertemu Perdana Menteri India sempena Sidang Kemuncak BRICS Ke-17

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi, sempena Sidang Kemuncak BRICS Ke-17.

Beliau berkata, perbincangan antara mereka turut meneliti potensi besar memperluas kerjasama strategik Malaysia dan India dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, teknologi digital dan pertahanan.

“Saya turut mengalu-alukan minat syarikat-syarikat India untuk melabur dalam sektor-sektor masa hadapan di Malaysia seperti ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu dan industri aeroangkasa,” katanya dalam hantaran di FB.

TERUS MEMPERKUKUH HUBUNGAN

Beliau berkata, antara mereka juga komited untuk terus memperkukuh hubungan antara rakyat melalui kerjasama dalam bidang kebudayaan, pelancongan dan pendidikan termasuk cadangan penubuhan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.

Beliau berkata antara mereka turut menegaskan pentingnya memastikan keamanan dan kestabilan serantau, serta menyuarakan sokongan terhadap penyelesaian adil dan aman bagi isu-isu antarabangsa seperti Palestin dan Jammu-Kashmir.

“Malaysia menyambut baik usaha memperkukuh hubungan ASEAN dan India menjelang Sidang Kemuncak ASEAN–India pada Oktober ini, selaras dengan semangat kerjasama yang saling menguntungkan,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *