
Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 JULAI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat bersama Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly sempena Sidang Kemuncak BRICS Ke-17 di Rio de Janeiro, Brazil.
“Kami sepakat melonjakkan lagi hubungan antara kedua-dua negara menerusi kerjasama pelbagai bidang,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di FB.
Beliau berkata, juga turut dibincangkan perkembangan terkini di Gaza serta situasi kemanusiaan di Iran di mana Malaysia dan Mesir sepakat bahawa sebarang bentuk penindasan mesti dihentikan segera, dan komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap pencabulan hak asasi yang berterusan. – JM
