PMX terima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO, Dr. Ngozi Okonjo-Iweala, bagi membincangkan peranan badan itu dalam mendepani cabaran perdagangan global semasa.

“Saya tegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme serta keperluan agar WTO kekal inklusif, berkesan dan responsif,” kata Anwar dalam hantaran di FB sempena menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-17 di Rio de Janeiro, Brazil.

Beliau berkata, Malaysia juga menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap WTO, selain menyatakan keperluan untuk badan ini diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu-isu masa hadapan seperti kecerdasan buatan, perdagangan digital dan dasar iklim, tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *