23 Syarikat Korporat serah zakat lebih RM54 juta – Dr. Na’im Mokhtar

8 Julai 2025

Sejumlah 23 buah syarikat korporat telah tampil menunaikan tanggungjawab mereka dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah lebih RM53 juta kepada PPZ-MAIWP.

Penyerahan simbolik ini turut disaksikan oleh Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar yang menyifatkan zakat sebagai kunci keluar dari belenggu kemiskinan. Bukan sekadar memberi, tetapi membina kehidupan.

Menariknya, kutipan zakat perniagaan bagi Januari–Jun 2025 dah cecah RM76.3 juta, naik 1.6% berbanding tahun lepas.

Menteri Agama juga menyeru agar lebih ramai pihak tampil berwakaf untuk jayakan 35 projek wakaf khas dengan keperluan dana RM387 juta.- JM

RancakkanMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *