PMX terima kunjungan Menteri-Menteri Luar ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.

Dalam pertemuan ini, beliau mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan Malaysia terhadap komitmen berterusan semua pemimpin dalam memastikan segala isu dan cabaran serantau terus dibincangkan secara terbuka dan kolektif.

“Mesyuarat kali ini amat penting dalam merangka masa depan rantau ini, lebih-lebih lagi ketika dunia berdepan dengan cabaran geopolitik, perubahan iklim, serta ketidaktentuan ekonomi global,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, Malaysia percaya bahawa perpaduan dan persefahaman antara negara-negara anggota ASEAN adalah kunci kepada kestabilan, kemakmuran dan daya saing serantau.

“Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia komited untuk mengangkat suara ASEAN di pentas global serta memacu agenda keterangkuman dan kemampanan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat rantau ini,” kata beliau sebelum menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *