PMX terima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri China

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri China, Wang Yi.

“Kami bicarakan pelbagai aspek hubungan Malaysia–China yang terus diperkukuh menerusi lawatan negara Presiden Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu, yang menyaksikan pemeteraian 31 dokumen persefahaman dan perjanjian,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, China kekal rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan dagangan mencecah AS$106 bilion pada 2024.

MERAPATKAN JURANG DAGANGAN

“Kami meneroka usaha merapatkan jurang dagangan dan memperluas kerjasama dalam pelabuhan, LNG, air, ekonomi digital dan teknologi hijau,” kata beliau.

Berkaitan isu serantau, Anwar menyatakan penghargaan atas sokongan China terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN berhubung Myanmar.

“Saya turut tegaskan pentingnya penyelesaian damai dalam isu Laut China Selatan berasaskan undang-undang antarabangsa dan UNCLOS,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *