







Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
13 JULAI 2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyantuni rakyat jelata dalam suasana santai di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada hari ini (13 Julai).
Seri Paduka Baginda yang berangkat tiba pada jam 7 pagi turut berkenan meluangkan masa berinteraksi serta beramah-mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat yang sedang bersenam dan menikmati suasana pagi hujung minggu.
Orang ramai juga tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan bersama Seri Paduka Baginda yang turut berjalan kaki sekitar Taman Botani Perdana. – JM
