





Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 JULAI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat tertutup Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Kelantan dan Pahang sebagai menjelaskan pelbagai isu semasa dan terkait kepentingan rakyat.
Anwar menitipkan pesanan agar terus memperkukuh kesatuan, memperkemas gerak kerja, dan merangkul kekuatan bersama demi mendepani cabaran perjuangan yang menuntut iltizam tinggi dan keikhlasan berkhidmat.
“Saya tetap yakin, dengan semangat juang yang tidak pernah luntur, KEADILAN di Pantai Timur mampu memainkan peranan besar dalam memperjuangkan kebajikan rakyat dan menjayakan agenda reformasi demi agama, bangsa dan tanah air dalam kerangka Malaysia MADANI,” katanya dalam hantaran di FB. – JM
