





Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
14 JULAI 2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyertai program “Brisk Walk” bersama warga Istana Negara, hari ini (14 Julai).
Seri Paduka Baginda berkenan berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer mengelilingi perimeter dalam kawasan Istana Negara.
Program anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) turut disertai kira-kira 200 pegawai dan kakitangan Istana Negara, pasukan keselamatan Istana serta petugas pengurusan fasiliti.
GAYA HIDUP SIHAT
Aktiviti santai itu merupakan sebahagian daripada usaha menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara Seri Paduka Baginda dengan para kakitangan.
Hadir sama, Tan Sri Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja; Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela; Encik Zulkifly Yunus, Pengerusi KEKSIN dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara. – JM
