Perjuangan negara menetang rasuah penting untuk pulihkan integriti – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
17 JULAI 2025

Perjuangan negara menentang rasuah adalah mutlak dan penting untuk memulihkan integriti, melindungi kepentingan awam, dan membina semula kepercayaan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai Presiden Perhimpunan International Anti-Corruption Academy (IACA) buat kali pertama, Malaysia bertekad untuk memimpin dengan teladan dalam memperkukuh tadbir urus dan usaha anti-rasuah di peringkat global.

“Malaysia juga komited untuk mencapai tahap integriti yang lebih tinggi, menyasarkan kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2033 melalui Strategi Anti-Rasuah Nasional,” kata beliau dalam hantaran di FB.

MEMAKLUMKAN PERKARA TERSEBUT

Anwar memaklumkan perkara tersebut ketika berucap di ‘International Conference On Governance And Integrity 2025″di Putrajaya.

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited kepada pertumbuhan inklusif dan lestari yang dipacu tadbir urus baik dan ekonomi dinamik untuk semua,” kata beliau.

Anwar berkata perjuangan menentang rasuah bukan mudah lebih-lebih lagi apabila melibatkan golongan elit berkuasa, namun ia adalah tanggungjawab bersama yang menuntut keberanian, kesatuan, dan pendirian tegas demi keadilan dan ketelusan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *