


Oleh Wartawan JM
23 Julai 2025
Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) ketiga bagi tahun 2025 pada hari ini telah memperincikan status keberhasilan Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy – NSS) setelah setahun diperkenalkan.
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata
kerajaan terus memberi fokus untuk membantu memperkukuhkan keupayaan industri semikonduktor tempatan bagi mendukung NSS di mana pelbagai program bantuan fiskal telah dibentangkan dan dipersetujui sekaligus menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memacu industri semikonduktor negara.
” Justeru, sempena setahun pelancaran NSS, saya akan menyampaikan ucaptama di ASEAN Semiconductor Summit (ASEMIS) 2025 esok.Di mana Kerajaan bakal mengumumkan beberapa langkah proaktif untuk memastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing”, ujar beliau dalam perkongsian di FBnya.
Dalam mesyuarat juga, PMX menekankan kepentingan kerajaan memperkukuh keupayaan dalam merangka dasar yang responsif dan berasaskan data bagi memastikan pelaburan yang diterima memberi manfaat jangka panjang kepada negara dan rakyat – JM
