KKM-MCMC kolaborasi perkasa transformasi kesihatan digital rakyat

Oleh: Sholina Osman
23 JULAI 2025

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menjalin kerjasama strategik bagi memperkasakan agenda transformasi sistem
kesihatan negara melalui teknologi digital dalam memperluas liputan dan akses perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kenyataan media bersama KKM dan MCMC memaklumkan projek perintis penghantaran ubat menggunakan dron akan dilaksanakan di Sabah, dengan Klinik Kesihatan Tawau sebagai pusat utama penghantaran ke dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berhampiran.

Sabah dipilih berdasarkan liputan jaringan 4G (94.4 peratus) dan 5G (69 peratus) yang stabil serta
cabaran geografi negeri ini yang menuntut penyelesaian inovatif bagi menjamin kelangsungan rawatan dan bekalan ubat kepada rakyat.

Lapan inisiatif utama akan dilaksanakan iaitu penyediaan prasarana komunikasi untuk kesihatan masa depan.

REKOD PERUBATAN ELEKTRONIK

Selain itu perlengkapan komputer dan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di klinik kesihatan, termasuk klinik desa dan klinik komuniti.

Juga penyediaan kiosk telekesihatan di NAD dan penghantaran ubat menggunakan dron ke kawasan luar bandar dan pedalaman sebagai penyelesaian kepada cabaran bentuk muka bumi.

Selain pelaksanaan langkah keselamatan siber di fasiliti kesihatan dan penyediaan geran pengadaptasian sistem EMRZ.

Juga penubuhan Hab Inovasi Hospital Pintar; dan pemerkasaan penyertaan Malaysia dalam platform kesihatan digital global.

PERKHIDMATAN E-KESIHATAN

Inisiatif ini turut menyasarkan peluasan perkhidmatan e-Kesihatan secara menyeluruh melalui 1,099 NADI di seluruh negara, yang akan berfungsi sebagai gerbang kesalinghubungan digital di kawasan luar bandar.

Penduduk setempat akan mendapat akses kepada konsultasi maya bersama doktor melalui kiosk
telekesihatan, sekali gus memastikan keterangkuman kesihatan digital di
kawasan luar bandar.

Sistem-sistem digital berasaskan pengkomputeran awan serta platform
konsultasi maya akan digunakan bagi menyokong penghantaran ubat ke
kawasan sukar akses, memudahkan rawatan susulan, serta memperkukuh
pemantauan berterusan pesakit luar bandar.

KKM dan MCMC juga akan
meneliti usaha pemerkasaan literasi digital kesihatan dalam kalangan komuniti setempat bagi meningkatkan keyakinan pengguna perkhidmatan kesihatan digital dari aspek keselamatan dan keberkesanan.

NEGARA BERDEPAN CABARAN

Kolaborasi strategik ini amat penting ketika negara berdepan cabaran sistemik seperti pertambahan populasi warga emas, peningkatan beban penyakit tidak berjangkit (NCD), dan ketidakseimbangan nisbah pesakit kepada petugas
kesihatan. Ia juga mustahak dalam merealisasikan misi “1 Individu, 1 Rekod” menerusi pengukuhan ekosistem kesihatan digital negara.

“KKM amat mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia mampu memperkukuh sistem kesihatan awam dengan menawarkan penyelesaian inovatif dan mesra
rakyat,” kata kenyataan itu lagi.

“Ia adalah pendekatan yang signifikan bagi mendepani cabaran
penjagaan kesihatan masa kini, terutamanya di kawasan yang sukar mendapat akses,” ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Inisiatif ini berupaya memberikan impak positif kepada rakyat, sekali gus menyokong hasrat negara untuk muncul sebagai peneraju kesihatan digital serantau dan hab inovasi kesihatan global selaras aspirasi Kerajaan MADANI. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *