MPP UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN SERU MAHASISWA TIDAK SERTAI HIMPUNAN `TURUN ANWAR’

Oleh Noraini Nordin

24 Julai 2025

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MPP UMK) menyeru supaya semua mahasisiwa universiti tersebut kekal fokus kepada pembangunan akademik dan tidak sertai himpunan `turun Anwar’ yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Seruan tersebut dibuat serentak dengan pendirian MPP UMK yang tidak menyokong mahasiswa menyertai himpunan `turun Anwar’ yang dikongsi dalam satu kenyataan rasmi yang bertarikh 22 Julai lalu yang telah disiarkan di laman sosial majlis tersebut.

Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Kelantan (MPP UMK) mengambil maklum berkenaan jemputan terbuka kepada mahasiswa untuk menyertai Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 di ibu negara. Sehubungan itu, MPP UMK ingin menyatakan pendirian bahawa pihak kami tidak menyokong penglibatan mahasiswa UMK dalam perhimpunan tersebut atas faktor keselamatan, reputasi universiti dan kesejahteraan komuniti kampus.

“ MPP UMK menghormati hak bersuara dan berhimpun yang dijamin Perlembagaan, namun menyeru agar ia dilakukan secara berhemah, profesional dan melalui saluran yang tepat, ‘’ jelas kenyataan itu lagi.

Sehubungan dengan itu, MPP UMK menyeru semua mahasiswa UMK agar kekal fokus kepada pembangunan akademik, sahsiah serta terus menjadi agen perubahan yang rasional dan bertanggungjawab demi masa depan – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *