




Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita)
24 Julai 2025
Semakin hampir tarikh perhimpunan `turun Anwar’ semakin kuat suara kumpulan-kumpulan anak yang tampil menyatakan pendirian menolak untuk menyertai himpunan tersebut.
Suara lantang anak-anak muda Malaysia yang tidak menyokong himpunan `turun Anwar’ ini bukan sahaja diluahkan secara individu tetapi juga melalui NGO-NGO yang mereka menjadi anggotanya.
Bagi mahasiswa pula mereka menyatakan pendirian tersebut menolak keras himpunan `turun Anwar’ itu melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) universiti masing-masing.
Kenyataan-kenyataan rasmi berhubungan dengan pendirian mereka berkaitan himpunan `tolak Anwar’ ini tersebut telah disiarkan melalui laman sosial MPP masing-masing untuk dikongsi secara umum.
Berikut adalah antara kenyataan-kenyataan rasmi MPP daripada universiti-universiti berkaitan yang boleh dilayari dalam media sosial berkaitan himpunan `turun Anwar’ yang penulis soroti sejak minggu lalu.
- MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA-(MPP UUM) menyatakan pendirian dengan jelas untuk menolak sekeras-kerasnya penyertaan dalam himpunan ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang berpotensi mencetuskan ketidakstabilan serta merosakkan keharmonian negara. Kami berdiri teguh menyokong prinsip-prinsip demokrasi, reformasi berfasa dan nilai-nilai Malaysia MADANI yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri.
- MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU:- (MPP UMT) menyatakan pendirian tegas dan konsisten untuk menolak sepenuhnya sebarang penglibatan mahasiswa UMT dalam Himpunan “Turun Anwar” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025.
Kami menyeru mahasiswa UMT agar berwaspada terhadap manipulasi politik partisan, dan terus menjunjung maruah intelektual mahasiswa. - MAJLIS PIMPINAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(MPP UTM )menzahirkan pendirian tidak menyokong dan menolak sekeras-kerasnya penyertaan dalam Himpunan “Turun Anwar” pada 26 Julai 2025.
Sebagai badan kepimpinan pelajar di bawah AUKU, MPP UTM menyeru semua mahasiswa untuk tidak terlibat dalam perhimpunan yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan keharmonian masyarakat.
Kami percaya kepada saluran intelektual dan wacana beradab sebagai medium perubahan, bukan tekanan jalanan.
Kehadapan - MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (MPP UTeM) menegaskan pendirian untuk tidak menyertai dan tidak menyokong sebarang penglibatan dalam Himpunan “Turun Anwar”.
MPP UTeM menghormati prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, namun menolak sebarang bentuk tindakan yang bersifat provokatif, boleh menjejaskan nama baik universiti serta menggugat ketenteraman awam.
Kami menyeru seluruh mahasiswa UTeM untuk menolak politik kebencian dan kekal fokus kepada wadah intelektual dan saluran perbincangan yang berhemah. - MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (MPP UMPSA) ingin menyatakan pendirian tegas dan konsisten untuk menolak sepenuhnya sebarang penglibatan mahasiswa UMPSA dalam Himpunan “Turun Anwar” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025.
-Kami percaya bahawa kebebasan bersuara adalah satu hak yang penting, namun ia perlulah dilandasi adab, ilmu dan kematangan. Tindakan melibatkan diri dalam agenda politik ekstrem atau provokatif bukanlah cerminan kepada budaya keilmuan yang seharusnya menjadi asas mahasiswa.
-Sehubungan itu, kami menyeru agar seluruh mahasiswa UMPSA sentiasa berwaspada terhadap manipulasi politik partisan, serta terus menjunjung maruah dan integriti intelektual mahasiswa. - MPP UTHM mengambil maklum berkenaan jemputan ke Himpunan “Turun Anwar” dan ingin menegaskan pendirian bahawa kami tidak akan menyertai atau terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam himpunan tersebut. Kami kekal dengan pendirian ini dan terus komited menyuarakan pandangan mahasiswa secara berhemah, matang serta selari dengan etika dan nilai institusi.
Sementara itu dalam masa yang sama , Majlis Pimpinan Pelajar Universiti Kelantan (MPP UMK) turut menyeru mahasiswa tidak menyertai himpunan `turun Anwar’
MPP UMK) menasihatkan supaya semua mahasisiwa universiti tersebut kekal fokus kepada pembangunan akademik dan tidak sertai himpunan `turun Anwar’ yang bakal berlangsung Sabtu ini.
Seruan tersebut dibuat serentak dengan pendirian MPP UMK yang tidak menyokong mahasiswa menyertai himpunan `turun Anwar’ yang dikongsi dalam satu kenyataan rasmi yang bertarikh 22 Julai lalu yang telah disiarkan di laman sosial majlis tersebut.
Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Kelantan (MPP UMK) mengambil maklum berkenaan jemputan terbuka kepada mahasiswa untuk menyertai Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 di ibu negara. Sehubungan itu, MPP UMK ingin menyatakan pendirian bahawa pihak kami tidak menyokong penglibatan mahasiswa UMK dalam perhimpunan tersebut atas faktor keselamatan, reputas universiti dan kesejahteraan komuniti kampus.
“ MPP UMK menghormati hak bersuara dan berhimpun yang dijamin Perlembagaan, namun menyeru agar ia dilakukan secara berhemah, profesional dan melalui saluran yang tepat, ‘’ jelas kenyataan itu lagi.
Sehubungan dengan itu, MPP UMK menyeru semua mahasiswa UMK agar kekal fokus kepada pembangunan akademik, sahsiah serta terus menjadi agen perubahan yang rasional dan bertanggungjawab demi masa depan –
