












Oleh Noraini Nordin
(Ulasan berita)
24 Julai 2025
Seperti yang dicanang-canangkan pihak pembangkang dijangka akan mengadakan himpunan ‘turun Anwar ‘ pada Sabtu, 26 Julai ini.
Secara umumnya ia diadakan untuk ‘menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Anwar’ yang didakwa mengecewakan.
Beberapa isu diketengahkan sebagai sebab mengapa himpunan itu diadakan, dakwan mereka antaranya kononnya kegagalan menurunkan kos sara hidup rakyat, janji PRU15 dimungkiri, harga barang naik tapi gaji tidak naik, perlaksanaan Akta Pembangunan Bandar (URA) kronisme dan nepotisme semakin parah, dasar pendidikan dan kesihatan awam makin terabai, rakyat dipecah dengan sentimen kaum & agama, semangat reformasi dikhianati, ketirisan masih berleluasa, negara tiada hala tuju ekonomi jelas dan pelbagai lagi.
Dengan deretan itu yang ditonjolkan itu, mereka mengajak siapa saja yang tidak puas hati terhadap kerajaan agar turun menyertai himpunan tersebut.
ISU YANG TELAH DITANGANI
Tetapi, jika kita rasional, semua isu yang dibangkitkan itu sama ada sudah ditangani atau dalam proses untuk diselesaikan.
Pengumuman bantuan RM100 untuk membeli barangan di kedai-kedai terpilih serta menurunkan harga minyak daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter sebagaimana diumumkan semalam adalah pendekatan yang jelas untuk menurunkan kos sara hidup dan menunaikan janji PRU15 lalu.
Sudah tentu banyak janji lain lagi, tetapi yakinlah kerajaan sedang secara perlahan-lahan menyelesaikannya.
Masalah pendidikan dan kesihatan awam juga sedang diselesaikan di mana kerajaan kini giat membina sekolah, hospital dan menambah pengambilan doktor.
Semua ini juga memerlukan masa untuk dilihat hasilnya.
Bagi mengatasi isu kaum dan agama pula, kerajaan telah memperkenalkan larangan menyentuh isu-isu 3R dan dapat dilihat sejak ia dikuatkuasakan, keadaan nampaknya lebih terkawal.
Begitu juga dengan isu-isu lain, ia turut dalam pemerhatian kerajaan dan hanya menunggu masa saja untuk diselesaikan.
TIADA ASAS JELAS
Oleh yang demikian, kecuali kerana sakit hati terhadap kepimpinan Anwar, pembangkang sebenarnya tiada asas untuk berhimpunan mendesak Perdana Menteri turun daripada jawatannya.
Kalau mahu menurunkan Perdana Menteri, saluran yang betul ialah sama ada di Parlimen atau ketika PRU.
Oleh itu, kepada rakyat yang matang, eloklah berehat atau bawa keluarga bercuti pada 26 Julai nanti.
Lagi pun, cuaca sedang berjerubu, tidak bagus untuk kesihatan bila berhimpun di tempat awam yang terbuka .
Jangan dipersia-siakan masa santai kalian.
Malaysia Madani pimpinan PMX Datok Seri Anwar Ibrahim sedang berada di landasan yang tepat menuju kegemilangan hingga ke pentas dunia.
Maknanya TIDAK ADA SEBAB ‘ANWAR TURUN’.
