MPP UniMAP seru warga kampusnya abaikan Himpunan “Turun Anwar”

Oleh: Sholina Osman
25 JULAI 2025

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (MPP UniMAP) menyeru agar semua mahasiswanya tidak melibatkan diri serta mengabaikan himpunan yang boleh mengundang risiko terhadap keselamatan awam, merosakkan keharmonian masyarakat atau diperalatkan untuk agenda politik tertentu.

“Kami percaya bahawa
dilakukan proses penambahbaikan
melalui saluran sah, dalam sesebuah negara perlu hujahan intelektual
dan wacana matang,” kata kenyataan media MPP UniMAP.

Berikutan itu demonstrasi jalanan atau tindakan terburu-buru yang ketidaktentuan tidak seharusnya menjadi pilihan.

MPP UniMAP memperjelas demikian sebagai maklumbalas di atas jemputan terbuka kepada mahasiswa seluruh negara untuk menyertai Himpunan “Turun Anwar” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 di ibu negara.

DIIKTIRAF SECARA SAH

Sebagai badan kepimpinan pelajar yang diiktiraf secara sah di bawah Akta Universiti dan Kolej (AUKU), tanggungjawab memelihara MPP UniMAP berpegang kepada kepentingan mahasiswa, mendukung prinsip demokrasi yang matang, dan menjunjung nilai perpaduan serta kestabilan negara.

Oleh yang demikian, MPP UniMAP menzahirkan pendirian untuk tidak menyokong dan menolak penyertaan mahasiswa ke himpunan ini.

“Kami juga menyeru agar semua mahasiswa UniMAP tidak melibatkan diri serta mengabaikan himpunan yang boleh mengundang risiko terhadap keselamatan awam, merosakkan keharmonian masyarakat atau diperalatkan untuk agenda politik tertentu,” tegas kenyataan MPP UniMAP.

MELALUI SALURAN SAH

MPP UniMAP percaya bahawa
dilakukan proses penambahbaikan
melalui saluran sah, dalam sesebuah negara perlu hujahan intelektual
dan wacana matang.

Mahasiswa UniMAP adalah
tonggak masa depan negara yang harus bijak menangani perbezaan pandangan.

Sewajarnya kita memainkan peranan sebagai pembina solusi dan penyatu bangsa bukan pencetus konflik.

MPP UniMAP menyeru seluruh warga mahasiswa untuk kekal rasional, berhikmah dan terus menyumbang secara positif kepada pembangunan negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *