











PUTRAJAYA, 30 Julai 2025 โ YBhg. Datoโ Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama (H.E.) Jacques Werner, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Kingdom of the Netherlands ke Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya, hari ini.
Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan kerajaan Netherlands khususnya dalam aspek pengurusan imigresen dan mobiliti antarabangsa.
Dalam sesi pertemuan ini, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa serta meneroka potensi kerjasama di masa hadapan termasuklah mengenai inisiatif baharu JIM yang memperkenalkan Pas Pelabur (๐๐ฃ๐ซ๐๐จ๐ฉ๐ค๐ง ๐๐๐จ๐จ). Pas ini membolehkan pelabur asing dan pelawat perniagaan menetap di Malaysia sehingga tempoh enam bulan, dengan pilihan lanjutan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
Turut hadir, Tuan Abdul Hadi Mohd, Pengarah Bahagian Khidmat Ekspatriat, Puan Nor Shima Izni Ahmad Shihamah, Timbalan Pengarah (II) Bahagian Visa, Pas dan Permit, serta Puan Elvina Carmella Bahanang Anak Ungan, Ketua Unit Hubungan Antarabangsa, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik.
Jabatan Imigresen Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan antarabangsa dan memperkenalkan dasar yang menyokong kemasukan pelabur demi kemajuan dan pembangunan dalam negara.
KunjunganHormat #ImigresenMalaysia #ImigresenPerkasa #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #KDNYakinMADANI
ยฉ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐จ๐ป๐ถ๐ ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ผ๐ฟ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ | ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
