Liputan Intenet 4G di Parlimen Julau, Sarawak capai 58.28% sehingga 30 Jun 2025

Oleh: Sholina Osman
30 JULAI 2025

Kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk di Parlimen Julau, Sarawak telah mencapai 58.28 peratus sehingga 30 Jun 2025.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat melaksanakan perluasan liputan internet 4G ke seluruh Sarawak termasuk kawasan Parlimen Julau, yang juga merangkumi sekolah-sekolah di luar bandar dan kawasan pedalaman.

“Bagi perkhidmatan 5G pula tapak pemancar 5G dibangunkan di Parlimen Julau sedang dipertimbangkan,” kata Fahmi ketika menjawap soalan lisan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Parlimen Julau) di Dewan Rakyat pada 29 Julai 2025.

KADAR LIPUTAN 4G

Beliau berkata, sehingga 30 Jun 2025, kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk di Parlimen Julau telah mencapai 58.28 peratus di kawasan berpenduduk.

“Bagi perkhidmatan 5G pula tapak pemancar 5G dibangunkan di
Parlimen Julau sedang dipertimbangkan,” katanya.

Pelaksanaan teknologi 5G pada ketika ini tertumpu kepada kawasan berpenduduk padat dan perindustrian dalam fasa awal pelaksanaannya.

Namun begitu katanya, peluasan liputan 5G ke kawasan luar bandar termasuk kawasan Julau, akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keperluan dan kesediaan infrastruktur.

INISIATIF PELAN JENDELA

Untuk makluman, status pelaksanaan inisiatif Pelan JENDELA di Parlimen Julau sehingga 30 Jun 2025 mencatatkan sebanyak 43 daripada
48 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi, sebanyak
44 daripada 45 stesen pemancar telah dinaik taraf, sebanyak 1,391 daripada 3,784 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik dan sebanyak 46 lokasi telah dapat menikmati perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit Broadband Wireless Access (BWA).

Baki inisiatif yang sedang dalam
pelaksanaan dijangka siap secara berperingkat menjelang penghujung
tahun 2025.

Selain inisiatif Pelan JENDELA, katq Fahmi Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) turut melaksanakan inisiatif pembinaan 600 buah menara baharu (SMART 600) bagi menambah baik liputan internet di Sarawak.

29 BUAH MENARA

Sehingga 30 Jun 2025, sebanyak 29 buah menara baharu telah siap
beroperasi dan 15 buah menara masih dalam peringkat pelaksanaan di bawah inisiatif SMART 600 di Parlimen Julau.

MCMC juga telah menandatangani satu perjanjian untuk melaksanakan kerjasama strategik dengan SDEC bagi mempercepatkan kesalinghubungan liputan komunikasi
dan internet yang inklusif dalam projek SMART600 di Sarawak.

Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar
menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) hab gentian optik.

BERJAYA DISIAPKAN SEPENUHNYA

Sehingga 14 Julai 2025, beliau berkata sebanyak 67 PoP telah berjaya disiapkan sepenuhnya bagi Fasa 1 manakala 356 PoP daripada 681 PoP bagi Fasa 2 telah berjaya disiapkan di negeri Sarawak dan menjadikan 46,045 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik dengan kelajuan sehingga 1Gbps untuk dilanggan oleh komuniti setempat.

Daripada jumlah tersebut, katanya satu PoP telah selesai dibina sepenuhnya bagi Fasa 1 manakala 11 PoP daripada 34 PoP bagi Fasa 2 telah berjaya disiapkan di Parlimen Julau dan baki PoP dijadualkan siap secara berperingkat sehingga akhir Oktober 2025.

Ini menjadikan sebanyak 1,225
port telah tersedia untuk dilanggan dan boleh dinikmati perkhidmatan
langganan internet berkelajuan tinggi tersebut.

“Kerajaan melalui MCMC komited untuk memastikan semua rakyat,
termasuk di kawasan luar bandar dalam Parlimen Julau, menikmati
perkhidmatan internet yang berkualiti bagi menyokong proses pembelajaran
yang lebih efektif dan lancar di sekolah-sekolah luar bandar,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *