
Masih ramai yang keliru mengenai peranan MyKad dalam pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100. Untuk makluman:
❌ Duit bantuan TIDAK dimasukkan ke dalam MyKad
❌ Fungsi Touch ‘n Go pada MyKad juga TIDAK digunakan dalam proses ini
✅️MyKad hanya digunakan sebagai MEDIUM PENGESAHAN MAKLUMAT bagi mengesahkan sama ada individu tersebut merupakan penerima bantuan SARA atau tidak. Ia berfungsi untuk VERIFIKASI SAHAJA, bukan untuk menyimpan atau memindahkan wang.
⚠️ AWAS PENIPUAN!
Jangan sesekali percaya jika ada pihak mendakwa mereka boleh keluarkan duit daripada MyKad anda. Sentiasa semak maklumat daripada sumber rasmi seperti laman web Kementerian Kewangan atau agensi-agensi berkaitan.
Lindungi diri, lindungi maklumat anda. Jangan jadi mangsa scam.
📍 Sekiranya MyKad anda rosak, hilang atau tidak dapat digunakan, penggantian boleh dibuat melalui saluran berikut:
✔️ Kaunter JPN
✔️ MyPhone-In (03-8880 7077)
✔️ JPN e-Services
✔️ Bas & Van Bergerak JPN
