




1 Ogos 2025
LANGKAWI :
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh usaha memerangi rasuah dalam sektor awam menerusi Program Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bersama Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan dan Profesional Jabatan Insolvensi Malaysia.
Program yang berlangsung selama dua hari ini diadakan di Institut Pengurusan Peladang, Pulau Langkawi, Kedah Malaysia, melibatkan 40 peserta yang terdiri Pengurusan Tertinggi, Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri dari seluruh negara.
Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi pengisian yang menekankan aspek tatakelola dan integriti dalam perkhidmatan awam serta pemahaman mendalam berkaitan peruntukan di bawah Akta SPRM 2009 yang telah disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Mohamad Izam Abd Nasir daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas), SPRM.
Program diakhiri dengan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, YBhg. Dato’ Ishak Bakri.
