Kerajaan akan terus pacu produktiviti sektor agromakanan – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan akan terus memacu usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor agromakanan agar ia menjadi pemangkin kemajuan luar bandar, menjana kekayaan negara serta menjamin masa depan generasi akan datang menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

“Kerajaan MADANI komited untuk memastikan setiap dasar, program dan bantuan pertanian dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, menyantuni golongan peladang, penternak dan nelayan bukan sekadar sebagai penyumbang ekonomi tetapi sebagai tulang belakang kekuatan negara sejak lima dekad yang lalu,” katanya dalam hantaran di FB.

Sebelum itu beliau merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 dan ulang tahun ke-50 penganjuran acara ini di Kota Kinabalu, Sabah hari ini (3 Ogos).

EMPAT DEKAD LALU

“HPPNK amat dekat di hati saya. Lebih empat dekad lalu, saya pernah diberi amanah sebagai Menteri Pertanian dari tahun 1984 hingga 1986,” kata beliau.

Pengalaman itu membentuk pemahaman yang mendalam tentang jerih perih dan ketabahan warga tani, peladang, penternak dan nelayan yang menjadi tunjang sekuriti makanan negara.

Golongan ini memainkan peranan penting dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kedaulatan makanan negara.

Justeru, Kerajaan MADANI terus menempatkan kebajikan mereka sebagai keutamaan untuk dibela, dibimbing dan diperkasa. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *