Fahmi mesyuarat dengan kontraktor baik pulih lif di Blok P20 PPR Bukit Angkasa

Wartawan JM
4 OGOS 2025

Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan mesyuarat bersama kontraktor bagi membincangkan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih lif di Blok P20 PPR Bukit Angkasa.

Beliau dimaklumkan bahawa kontraktor telah menguruskan insurans serta membuat tempahan barangan gantian.

“Saya juga telah minta agar mereka meneliti keadaan lif kedua dan sekiranya ada keperluan untuk baik pulih, kita akan usahakan bersama,” katanya dalam hantaran di FB.

SEHINGGA AWAL OKTOBER

Walaupun kontrak penyelenggaraan ini berjalan sehingga awal Oktober, Fahmi berkata pihak kontraktor menyasarkan kerja-kerja dapat disiapkan menjelang awal September.

Jelas Menteri Komunikasi ini yang penting para penduduk tidak perlu menunggu lebih lama untuk kemudahan asas seperti lif.

“Saya akan terus memantau perkembangan projek pembaikan lif demi keselesaan dan keselamatan para penghuni Blok P20, Taman Bukit Angkasa,” kata beliau.

Fahmi berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama, termasuk penduduk yang sabar menunggu penyelesaian dan akan terus pastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *