PMX bertemu pakar ekonomi inovasi Dr. Mariana Mazzucato

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
4 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Prof. Dr. Mariana Mazzucato, pakar ekonomi inovasi dan Pengarah Pengasas Institute for Innovation & Public Purpose, UCL.

“Kami berbincang tentang kepentingan strategi berorientasikan misi yang menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi memacu pelaburan hijau, inovasi teknologi dan transformasi digital,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata turut disentuh ialah keperluan memperkasa perkhidmatan awam yang moden dan tangkas sebagai tunjang kemajuan negara.

“Profesor Mazzucato berkongsi pandangan bahawa Malaysia perlu menangani cabaran sistemik, memperkukuh strategi digital, memupuk inovasi dan membina kemahiran masa depan demi kejayaan transformasi jangka panjang negara,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *