KEMPEN INTERNET SELAMAT BERI KESEDARAN RISIKO, ANCAMAN DALAM TALIAN KEPADA MURID

5 Ogos 2025

KEDAH :’ Seramai 101 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lamdin di Kuala Nerang, Alor Setar, menyertai Kempen Internet Selamat yang bertujuan memberi kesedaran berkaitan risiko dan ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak.

Kempen tersebut anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu juga adalah inisiatif untuk meningkatkan kefahaman murid khususnya berusia bawah 13 tahun mengenai penggunaan Internet secara umum dan pelbagai fungsi aplikasi Internet.

Kali ini kempen tersebut memfokuskan kepada komuniti Siam memandangkan sekolah dipilih majoriti pelajarnya terdiri daripada etnik Thai dan program berkenaan menggunakan modul Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (tujuh hingga sembilan tahun) dan RSP Modul Murid Sekolah Rendah (10 hingga 12 tahun).

Penolong Kanan Pentadbiran SK Lamdin Amran Salleh berkata, program terbabit mampu meningkatkan kesedaran murid mengenai penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab, khususnya bagi mereka berusia bawah 13 tahun yang keupayaan mentalnya masih belum cukup bersedia.

Sumber :- Adib Hasri | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *