MCMC siasat video pempengaruh beri sisa makanan kepada gelandangan

Wartawan JM
5 OGOS 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan berdasarkan aduan orang ramai berhubung penyebaran video yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberi sisa
makanan kepada seorang
gelandangan.

Kenyataan media Komunikasi Korporat 袦小袦小 memaklumkan pihaknya memandang serius tindakan menghasil dan menyebar kandungan mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata untuk hiburan murahan, menjana tontonan, dan menimbulkan keresahan orang ramai.

Penyebaran kandungan yang merendah atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat.

TEEHADAP KANDUNGAN TERSEBUT

“袦小袦小 menegaskan bahawa siasatan terhadap kandungan tersebut sedang dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai diingatkan agar tidak menyebar atau memuat naik sebarang kandungan bersifat provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Sebarang perkongsian kandungan jelik melampau, palsu atau berunsur ancaman boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 [Akta 588].

Sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM500,000, dipenjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC komited dan tegas memastikan ruang siber tidak disalahgunakan, sejajar dengan usaha mengekalkan kedaulatan undang-undang dan
keharmonian masyarakat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *