Fahmi sampaikan ucaptama, rasmikan Forum CHRO)

Wartawan JM
5 OGOS 2025

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucaptama dan merasmikan Forum Ketua Pegawai Sumber Manusia (CHRO) Nexus (CNF25) yang berlangsung di kawasan Parlimen Lembah Pantai, pagi tadi.

Hadri sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyampaikan ucapan penuh inspirasi mengenai inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam membangunkan bakat dan tenaga kerja negara.

“Tema “Communication, Connect and Transformation” benar-benar mencerminkan peranan penting CHRO pada era digital ini yang menyaksikan maklumat tersebar pantas,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.

ORGANISASI PERLU DIKAWAL

Justeru itu kata beliau naratif organisasi perlu dikawal dengan bijak.

CHRO menghubungkan generasi, serta teknologi dengan kemanusiaan.

“Mereka juga menghubungkan pekerja dengan produk, selain mengangkat potensi bakat negara untuk bersaing dan menyerlah di pentas global,” jelas Fahmi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *