





Oleh Wartawan JM
5 Ogos 2025
Kumpulan Pakar Perubatan berkaitan penagihan (Team MEGA) terus gigih memperjuangkan pendekatan rawatan terhadap isu ketagihan di negara ini.
Selain berbincang dengan pelbagai pihak kumpulan tersebut turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datok Seri Saifuddin Nasution Ismail .
Pertemuan tersebut dikongsi oleh menteri tersebut dalam laman media sosial beliau hari ini.
” Hari ini saya menerima kunjungan daripada kumpulan pakar perubatan berkaitan penagihan (Team MEGA), yang gigih memperjuangkan pendekatan rawatan terhadap isu ketagihan di negara kita.
“Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang mendalam dan konstruktif mengenai pendekatan perubatan dalam menangani isu ketagihan, yang kini semakin dilihat sebagai isu kesihatan awam, bukan semata-mata soal jenayah,” kata Saifuddin.
Menurut menteri itu lagi beliau menghargai pandangan serta kepakaran yang dibawa oleh TEAM MEGA dan NGO berkaitan.
” Kita memerlukan kerangka dasar yang lebih inklusif dan responsif agar tiada yang tersisih dalam usaha kita membina masyarakat yang lebih sihat dan selamat, ” jelas beliau lagi.
