Hentikan sebar maklumat kes Zara Qairina di media sosial – AGC

Wartawan JM
6 OGOS 2025

Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius tindakan segelintir pihak yang secara tidak bertanggungjawab telah memuat naik dan menyebarkan maklumat yang belum ditentukan kesahihannya, termasuklah gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina menerusi pelbagai platform media sosial.

Sehubungan itu, dalam kenyataan media AGC hari ini (6 Ogos) menyeru orang ramai agar menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

Tindakan menyebarkan maklumat yang belum ditentukan kesahihannya dan gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan siasatan pihak berkuasa di media sosial boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Penularan kandungan itu berpotensi menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *