






Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Peluncuran Pameran Ngauman Harimau Mysore: Warisan Haider Ali dan Tipu Sultan di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur malam ini (5 Ogos).
Pameran ini mengetengahkan warisan Tipu Sultan dan ayahandanya, Haider Ali, tokoh pejuang menentang imperialisme Barat, dengan kepakaran dalam diplomasi, ekonomi, seni dan teknologi ketenteraan yang mendahului zaman.
Beliau berkata, buat pertama kali, beberapa artifak asli yang dibawa keluar dari Mysore lebih 200 tahun lalu kini dipamerkan secara kekal di Malaysia hasil usaha gigih Muzium Kesenian Islam Malaysia.
“Saya turut berkongsi pengalaman menjejak legasi Tipu Sultan di Mysore, India, simbol kepimpinan bijaksana, berprinsip dan toleran dalam masyarakat majmuk,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
