Fahmi hadir di program PENTARAMA Homecoming di SK Bangsar

Wartawan JM
Foto Ihsan FB Fahmi Fadzil
6 OGOS 2025

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, Datuk Fahmi Fadzil hadir ke program PENTARAMA Homecoming di SK Bangsar, Kuala Lumpur hari ini (7 Ogos).

Beliau berkata PENTARAMA Homecoming anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) antara usaha mendedahkan pelajar tengang peri pentingnya semangat cinta akan negara melalui hiburan patriotik dalam menyampaikan informasi.

Fahmi turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar.

Hadir sama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja HKHM 2025, Mazlan Abd Mutalib dan Ketua Pengarah JAPEN, Julina Johan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *